Monday, July 18, 2011

gangster.


gangster.

gangster sering dikaitkan dengan kekasaran, tahap ego yg tinggi dan kualiti moral yang terlalu rendah. ketakutan dijadikan alat ataupun teknik untuk memastikan imej yang cuba tonjolkan menjadi sesuatu yang disegani dan dihormati.

dengan kefahaman tentang kelemahan yang ada pada org lain, kesempatan akan diambil oleh mereka untuk memastikan kuasa dan kepentingan menjadi milik mereka tanpa memperdulikan kesan dan akibat perbuatan itu pada orang lain.

gangster.

mungkin istilah gangster ini boleh diguna untuk menggambarkan senario filem tempatan.
Tuesday, April 12, 2011

independent vs mainstream


indie. singkatan kepada perkataan independent yang bermaksud bebas. manakala mainstream pula bermaksud aliran utama.

Tertumpu kepada aspek seni yang melibatkan penulisan, musik, teater dan filem, walaupun dengan kekurangan pendedahan, pembiayaan kewangan dan sokongan, dari masa ke semasa, kita boleh lihat gerakan bebas (independent movement) ini berjaya berkembang dengan sihat. Ianya munasabah kerana apabila kita menyentuh tentang seni, semuanya tertumpu kepada bakat.

Benar, bakat boleh diasah dan dipupuk. fakta inilah yang digunapakai oleh hampir semua institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dengan menawarkan dan menyediakan fasiliti dan tenaga pengajar khusus untuk bidang seni tetapi kebanyakan institusi-institusi ini terlepas pandang kepada perkara yang sangat penting tentang setiap setiap cabang dan aspek seni iaitu pemahaman.

dengan pemahaman yang mendalam tentang setiap aspek yang tertentu, tujuan sebenar akan menjadi lebih jelas dan nyata.

hampir setiap cabang seni yang melibatkan penulisan, musik, teater dan filem dibawah gerakan bebas (independent movement) ini mempunyai pemahaman yang mendalam dan dengan kebebasan dari kawalan tertentu dari mana-mana pihak yang pengaruh, bakat sebenar yang cuba dipersembahkan boleh diterima oleh golongan-golongan yang mempunyai idea dan fahaman yang sama.

gerakan aliran utama (mainstream movement), sinonim dengan pengkomersialan, lebih tertumpu kepada aspek-aspek yang membawa keuntungan dan apabila dikaitkan dengan bidang seni, bakat sebenar dan pemahaman tidak akan memainkan peranan yang penting. perkara ini jelas dipaparkan oleh media-media utama tempatan yang berlumba-lumba menghasilkan rancangan realiti yang kononnya direka untuk mencari bakat-bakat baru padahal semuanya lebih tertumpu kepada aspek pengkomersialan.

apabila salah seorang penulis, pemuzik, pengiat teater atau pengiat filem dari gerakan bebas mula mendapat pendedahan yang berlebihan (over expose) dan mula mendapat perhatian pihak-pihak yang berpengaruh dari gerakan aliran utama, perubahan ketara akan boleh jelas dilihat. bakat sebenar yang pada mulanya menjadi peranan yang penting, dari masa ke semasa akan terhakis sedikit demi sedikit. Apabila pemahaman yang menghasilkan tujuan sebenar itu semakin dipinggirkan dan lebih tertumpu kepada pengukuhan status kewangan, reputasi sosial dan aspek releven kepada pasaran utama, apa yang sebelum ini boleh diterima dan diiktiraf akan menjadi sebaliknya dan semua ini adalah disebabkan kebebasan yang pada mulanya menjadi asas utama kepada perkembangan bakat ini akan terbatas dengan kawalan-kawalan tertentu yang lebih menekankan agenda pengkomersialan.

semuanya akan berbalik kepada persoalan samada penulis,pemuzik, pengiat teater dan pengiat filem itu benar-benar mempunyai pemahaman yang mendalam untuk membenarkan integriti fahaman yang mereka pegang digadaikan dengan godaan wang ringgit, reputasi sosial dan hanya memenuhi aspek releven kepada pasaran.
Monday, November 15, 2010

Filem Malaysia

Pada pagi ahad lepas (lebih kurang 10 pagi) "Diskusi Orang Muda" @ DOM telah dilangsungkan di Rumah Pena. sebelum ini, saya tak berkesempatan menghadiri perbincangan dan diskusi yang di anjurkan oleh DOM, tetapi saya pernah membaca review tentang diskusi-diskusi yang lepas dan kebanyakkan topik yang dibincangkan releven dengan perkara-perkara yang dekat dengan minat aku.

diskusi pada pagi itu tertumpu kepada penguraian tentang Dilema Filem Malaysia. Penganjur cuba mendapatkan huraian dari 3 orang panel iaitu Ridhwan Saidi (pengarah), Ajami Hashim (Pengkritik Filem) dan Fadzli (Film Blogger) tentang apakah yang menjadikan sesuatu filem yang dihasilkan itu menjadi filem malaysia. apakah ciri-ciri yang boleh diangkat menjadikan filem itu filem malaysia dan ada sedikit sebanyak persoalan yang diketengahkan tentang permasalah dalam industri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan karya penulisan dan kredibiliti pengarah yang bertanggungjawab untuk mengarap dan mempertengahkan hasil penulisan yang bagus dan menghasilkan sebuah filem yang berkualiti tinggi.

tidak ada banyak persoalan yang terjawab dari diskusi ini, ianya lebih bertumpu kepada penerangan tentang apa yang sedang berlaku didalam industri filem tempatan sekarang ini. Walaupun diskusi ini bukan bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada hampir semua permasalahan yang timbul didalam industri filem tempatan pada masa ini tetapi sepatutnya setiap persoalan yang diketengahkan perlu memainkan peranan sebagai rujukan dan boleh dijadikan titik permulaan untuk kita sebagai penonton, penulis, pelakon, pengarah, penerbit dan pengkritik memahami apakah langkah-langkah yang sepatutnya yang boleh digerakkan untuk memastikan industri filem tempatan boleh berfungsi dengan lebih baik dan lebih berkualiti pada masa hadapan.

penganjur memulakan diskusi pada pagi itu dengan persoalan "apakah itu Filem Malaysia?" dan penganjur juga cuba mempersoalkan tentang kekurangan kesedaran tentang hasil-hasil penulisan tempatan dan cuba mendapatkan pendapat tentang punca pada permasalahan itu. persoalan tentang penapisan filem oleh pihak berkuasa (censorship), keseimbangan nilai komersil dan nilai artistik, pengunaan bahasa melayu dan persoalan tentang tahap penerimaan penonton juga cuba dibangkitkan oleh hadirin yang telah diberi peluang untuk mengutarakan soalan kepada panel-panel yang ada pada pagi itu.

persoalan tentang apakah yang boleh didefinisikan sebagai Filem Malaysia adalah seperti menyoalkan tentang apakah definisi cinta. hampir semua orang mempunyai pendapat yang berbeza tentang persoalan ini. ada yang mendefinisikan Filem Malaysia adalah filem yang dihasilkan dengan menggunakan bahasa melayu. ada yang mendefinisikannya sebagai filem yang mencerminkan realiti sebenar yang berlaku di Malaysia dan ada juga yang mendefinisikan filem melayu adalah filem yang tidak benar-benar mempunyai identitinya sendiri dan ini berpunca dari kekeliruan tentang apakah yang boleh diangkat sebagai identiti sebenar tentang Malaysia. Penganjur ada juga menyoalkan tentang apa yang cuba diperjuangkan oleh Filem Malaysia dan persoalan ini seperti tidak terjawab oleh panel-panel yang terpilih pada pagi itu kerana perjuangan tidak akan boleh difahami jika definisi asal tentang persoalan tentang 'apakah yang boleh didefinisikan sebagai Filem Malaysia' tidak mempunyai jawapan yang tepat.

pendapat saya tentang persoalan ini adalah setiap filem yang dihasilkan di malaysia, diarah dan ditulis oleh orang malaysia dan ditayangkan dimalaysia adalah filem malaysia. tidak kisahlah apa nilai-nilai yang cuba dibawa oleh penulis, pengarah dan penerbit tersebut. tidak perlu kita cuba menyangkal fakta ini dengan alasan tidak ada filem yang berjaya dan dapat mengambarkan nilai-nilai yang boleh dan definasikan sebagai"Filem Malaysia" kerana itu adalah hanya tindakan yang kita cuba ambil untuk lari dari fakta sebenar bahawa filem-filem yang dihasilkan di Malaysia tidak mempunyai kekuatan dan kualiti yang boleh dibanggakan.

mat karung guni, laksamana doremi, bujang tua s.s, keluarga si comat, panglima badol, si badol, mat tenggek, da di du, sikit punya gila, cikgu sayang, mekanik, ali setan, gila-gila remaja, bujang lapuk kembali da, hantu siang, jejaka perasan, keluarga 99, mr.os, guru badol, awang spanar, kolej 56, driving school, janda meletup, main-main hantu, gila glamor, harry boy, rimba malam, kanta serigala, queen control, sembilu, sembilu 2, awas, bisikan cinta, kad cinta, maria mariana, tragedi oktober, yes tuan, lurah dendam, baginda, hanya kawan, jibon, panas, bara, senario the movie, no problem, lagi-lagi senario, mami jarum, mr.cinderella, cinta 200 ela, aku kaya the movie, mami jarum junior, diari romeo, mx3, jutawan fakir, biar betul, lady boss, persona non grata, haru biru, anak halal, duyung, i'm not single, evolusi kl drift, sifu dan tongga, bohsia jangan pilih jalan hitam, skrip 7707, jin notti, jalang, my spy, pulau asmara, duhai si pari-pari, adnan sempit, cicakman, lu pikir la sendiri adalah antara filem yang tersenarai sebagai filem Malaysia didalam website Wikipedia. (semua filem yang tersenarai adalah filem dari tahun 1970 hingga 2009)

setiap idea dan nilai yang cuba diketengahkan oleh filem-filem didalam senarai diatas ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran tentang filem Malaysia. hampir separuh dari filem yang berada didalam senarai diatas ini berjaya dipawagam. persoalan yang ditimbul dari fakta ini adalah adakah penonton-penonton tempatan (dari kajian yang diterangkan oleh Fadz, hanya lebih kurang 800 ribu penduduk Malaysia yang menonton filem dipawagam) hanya mahu menonton filem-filem seperti ini sahaja? dan timbul juga cadangan untuk memastikan mentaliti penonton perlu diubah untuk menerima karya-karya yang bermutu tinggi dan cadangan ini adalah antara cadangan yang mempunyai nilai logik yang terlalu rendah. walaupun penonton memainkan peranan yang penting didalam menentukan berjaya ataupun tidak sesuatu filem yang dihasilkan itu tetapi penonton tidak patut disalahkan dan dijadikan sebagai alasan. cadangan ini seolah-olah seperti kita membuka sebuah hotel bertaraf 7 bintang di kawasan pendalaman yang dimana pendapat kasar dan mentaliti penduduk setempat itu hanya mampu menginap di hotel yang bertaraf 2-3 bintang sahaja. ini bukan bermakna tidak ada golongan -golongan penduduk di situ yang mahu dan mampu untuk menginap di hotel bertaraf 7 bintang itu cuma jelas sekali teknik pemasaran yang dipraktikkan adalah tidak praktikal.

kita perlu terima fakta walaupun tidak jelas kemana arah yang dituju, tiada kekuatan dan kualiti yang boleh dibanggakan, filem yang dihasilkan dimalaysia, ditulis dan diarahkan oleh orang malaysia adalah filem Malaysia, samada kita terima ataupun tidak, inilah defenisi sebenar filem Malaysia. Jadi didalam proses kita mahu mengubah atau memperbaiki kelemahan yang berkaitan dengan industri perfileman di sini, kita perlu terima bahawa filem Malaysia adalah antara filem-filem yang tidak mempunyai kekuatan dari hampir semua aspek dan kualiti yang tidak boleh dibanggakan.

*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Blog List

Followers

Total Pageviews

Powered by Blogger.